[Coretan Haji/Umrah 2020] Sekadar Perkongsian daripada pengalaman duyufurrahman

Assalamualaikum. Perkara yg ingin saya kongsikan hanyalah perkara kecil TAPI  mungkin dapat MEMBANTU....

Pengalaman mengerjakan Haji thn 2018. Bekas air ini amat membantu saya semasa di Mekah dikala itu. Harganya xmahal. Cuma 10SR satu bekas utk kapasiti air 5L. Jika dibeli byk boleh kurangkan lg hrgnya. Boleh berkongsi membeli dgn rakan2 jemaah utk dptkan diskaun.

Tidak dinafikan air di Mekah mmg panas, waima dibilik hotel sekalipun. Ada antara jemaah yg xtahan (bg mereka yg tlh berumur dan lanjut usia). Namun bg saya, saya inginkan rasa mandi yg selesa, tidak terlalu panas😊.
Jadinya....saya simpan air didalam bekas ini utk saya buat mandian tiapkali nak Mandi. Kemudian Saya isi kembali dan simpan lagi....

DiArafah dan Mina, airnya lagi panas. Nak cebok pun terangkat2 bontot dibuatnya!🤭 Apalagi nak mandi! Sepanjang hariairnya panas, walaupun mlm!!!!
Dgn Ada Bekas ini, urusan2 saya spt berwuduk, bersugi, mandi dan beristinjak boleh dilakukan bila2 masa! Sebab airnya xpanas! Dan lg dgn ada bekas ini saya xperlu nak beratur pjg bila nak berwuduk.
Bekas ini mudah dilipat utk dimasukkan dlm beg.
Semoga perkongsian ini memberi menafaat buat semua.....



P/s: says pun copy and paste sahaja untuk pandan Dan rujukan semua.

Moga ini dikira amalan jariah...

Comments

Popular posts from this blog

[Haji 2020] ZIARAH RAUDHAH