Resepi bubur ringkas (lebihan nasi semalam)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah .. tempoh berpantang 44 ha4i sudah berlabuh tirai beberapa hari yang lepas. (Lastweek). Tapi masih lagi berbengkung danberstokin. Hulu langat cuaca pagi agak sejuk. Mcm dlm ice box. Tapi anak2 siap berkipas malam2 b4 tdo.agak panas. Tapi bila start 2pm mmg sangat sejuk.boleh selsema hari2.

Rutin suri rumah mcm biasa on..cuma nak memasak beria mcm mee kari or sambal2 belum lagi. Sbb baby pun masih kecil. Tak boleh tinggal lama2. Jaundies dia pun belum off sepenuhnya.

Menu simple bubur untuk anak2. Alhamdulillah anak2 sgt sukakannya.

Nasi selebihan semalam. Sayang sbb tinggal sikit. Saya tambah nasi (blend hamcur sikit) sbb nak cepat masak (nasi hancur). Dlm separuh cawan shj. Lebihan nasi tu sy masukkan kemudian.


Sup ayam lebihan semalam2juga.. byk isi daging..anak2 x berapa suke.. tapi masih elok sbb masih elok dan lembut ( masak api pelan, hanya renekkan) jadi isi daging ayam lembut.

Jadi kita racik2 daging ayam sup yang berbaki dan kita tumiskan dia.tumis simple
Letak kayu manis ,bunga lawang dan pelaga.dh wangi masukkan bawang merah dan putih ..dh wangi masukkan ayam td.

Ni la hasilnya. Letak juga garam,lada sulah dan serbuk cendawan utk perasa. Buat agak masin sedikit.. sbb nak masukkan dlm bubur nntrasanya sedang2 elok sbb bubur x masin.


Masak bubur kasi laju2 ..ni la hasilnya.. letak air byk2.. api besar.. sampai didih. Cepat masak sbb beras dah blender siap2 sebelum masak.

Bila beras dan bertukar nasi..
Nasi sudah menjadi bubur..hehe
Masukkan bahan ayam yang ditumis tadi.
(Lihat gambar atas). Pastu gaulkan.. sampai sebati. Saya masak ngam2 je..agak3 boleh masuk ayam tu dgnnasi byk mana.. klu bubur byk sgt..nnt x rasa pulak ayam..

Bila dh siap..bolehla letak daun sup dan daun bawang..

Saya sempat juga masak sup lembu simple..
Sbb nak cepat.. daging lembu tu sy potong besar2.. sbb klu potong kecik2 takut hancur.. saya panaskan air dan didih baru masukkan daging lembu. Ni daging lembu korban tahun lepas..haha.. punya lama nk masak sbb masatu preggy jadi mmg niat nak simpan sikit utk pantang.

Daging tu sy rebus agak2 dlm 2-3jam sampai lembut. Alhamdulillah daging x hancur sbb potongbesar2..  pastu sy perisakan garam,lada sulah dan serbuk cendawan.

Masa nak makan bubur td.bolehla letak sup tadi. Alhamdulillah licin. Anak2 suke. Ammar tambah 3x.

Perkara yang membahagiakan ibu2adalah apabila anak3 makan habis licin pada yang ibu masak..alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

SALAM JUMAAT 6 MARCH 2020

5 march 2020 khamis