Syawal ke13 1440H 2019
اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْن َ اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ YA ALLAH. DR. MORSI TELAH SYAHID MENINGGALKAN KITA. 1. Terkini dilaporkan bahawa Dr. Mohamed Morsi – Presiden Mesir yang sah dari Ikhwan Muslimin yang digulingkan oleh tentera pro-Israel pimpinan al-Sisi pada 2013 – telah syahid meninggalkan kita. 2. Beliau dilaporkan rebah dan pengsan sewaktu sesi perbicaraan di mahkamah dan disahkan meninggal dunia pada usia 67 tahun. 3. Sebelum ini banyak pemerhati antarabangsa mempersoalkan layanan ke atas beliau. Dr. Morsi dilayan dengan kejam di penjara Tora yang digelar penjara ‘Kala Jengking’ – malah hingga ke tahap di mana sebuah panel yang dinamakan Detention Review Panel (DRP) yang turut dianggotai para peguam dan ahli parlimen Britain mengecam kaedah tahanan ini yang dicela sebagai ‘di bawah tahap yang sepatutnya berdasarkan undang-undang antarabangsa’. 4. Melalui Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), Dr. Morsi mengetuai Jem...